Showing posts with label mantap. Show all posts
Showing posts with label mantap. Show all posts

Thursday, May 30, 2013

AURA WHITE FACIAL TREATMENT - murah murah


LAIN DARIPADA YANG LAIN!

Bertindak bagaikan kuasa MAGIC!



PRODUK TERHANGAT MAY 2013 keluaran Magical Beauty!




FUNGSI- FUNGSI "Secret Spa Facial" :

  • Bertindak sebagai sunblock pada waktu siang.
  • Menjadikan kulit cerah bersinar dan nampak segar.
  • Menghalang pengeluaran minyak ke atas kulit muka seterusnya menghalang pengeluaran jerawat.
  • Berbau wangi seperti losyen SASA.
  • Lubang2 pada wajah beransur menjadi rata.





BAHAN- BAHAN "Secret Spa Facial" : 

  • Produk ini dilengkapi "Vitamin C" & "Glutha" yang berkesan untuk memutihkan kulit.
  • Produk ini mengandungi "Kollagen" yang mampu menegangkan & melicinkan kulit.
  • Produk ini mengandungi "Rumpai Laut" yang berkesan untuk mengekalkan jumlah kolagen dalam kulit menyebabkan muka kita kekal pada usia.


 Cara order : SMS to 019-427 9435 dgn kata kunci "Secret Spa Facial" . 
**PROMO PRICE = RM65 sebotol ! (Harga asal RM95) . 
**1 botol tahan 1 bulan, RM65 untuk produk muka 1 bulan, sangat-sangat berbaloi!!



CARA PAKAI "Secret Spa Facial":

1. Bersihkan muka dengan pencuci muka.
2. Sapu rata "Secret Spa Facial" ke seluruh permukaan kulit muka.
3. Tidak perlu basuh.
4. Pakai 1 kali di waktu pagi, 1 kali sebelum tidur.
5. Alami kesan nya dalam 2 minggu!






  





Thursday, August 6, 2009

KRISIS MASALAH GULA DI MALAYSIA

Krisis Gula Malaysia


Misteri krisis gula — * Shafie: Bekalan kurang * Rafidah: Bekalan mencukupi

Oleh ROZAMAN ISMAIL dan RAJA LUVENA SHARIFUDDIN (Utusan Malaysia 28 Sep 06)

KUALA LUMPUR 27 Sept. Kemelut bekalan gula di negara ini menimbulkan misteri dan jelas mengelirukan. Hari ini dua menteri yang ada hubung kait dengan hal gula ini memberikan kenyataan, tapi bercanggah.

Begini senarionya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shafie Apdal – yang bertanggungjawab dengan harga dan kawalan barangan berkata, gula memang kurang di pasaran.

“Saya cukup bimbang melihat masalah kekurangan gula dalam lawatan ke beberapa buah negeri beberapa bulan lalu,” tegasnya kepada para pemberita selepas mengadakan tinjauan ke pasar raya besar Carrefour di Putrajaya, hari ini.

Namun, beliau berjanji masalah gula akan selesai dua minggu lagi.

Ini kerana dua pengilang tempatan mendapat hak mengimport dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan membawa masuk 80,000 tan metrik gula mentah dari Brazil.

Tetapi begini pula jawapan menteri MITI, Datuk Seri Rafidah Aziz – yang bertanggungjawab dengan industri gula negara dan permit import bahan itu.

Katanya, negara sebenarnya tidak mengalami masalah ketiadaan gula. “Bekalan yang dikeluarkan lebih daripada mencukupi,” tegasnya.

Persoalannya, jika gula ada ke mana perginya?

Shafie yang mengaku rakyat sudah bosan dengan kemelut gula ini, menjawab:

“Kalau gula ada, kapal perang pun kita sanggup gunakan (untuk angkut) demi pastikan bekalan sampai dan mencukupi di pasaran.”

Rafidah memberi statistik mempertahankan alasannya itu dengan berkata:

“Berbanding dengan penggunaan gula sebanyak 1 juta tan metrik oleh negara setiap tahun, para pengilang telah menghasilkan lebih daripada 979,000 tan metrik gula sehingga 15 September tahun ini.”

“Dalam masa tiga bulan akan datang, para pengilang dijangka mengeluarkan 291,000 tan metrik gula lagi dengan tambahan 200,000 tan metrik dihasilkan sebagai stok simpanan.”

Jelas sekali, kata Rafidah angka-angka ini menunjukkan bahawa bekalan gula adalah jauh lebih mencukupi.

“Namun, apa yang berlaku sekarang ialah kesukaran pengguna mendapatkan gula dan oleh itu, keempat-empat pengilang gula telah diarah mengambil tindakan serampang empat mata,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rafidah sebaliknya berpesan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna supaya meningkatkan usaha penguatkuasaan supaya tidak lagi berlaku aktiviti penyeludupan dan simpanan gula.

“Kita tahu bekalan gula mencukupi, jadi pengedaran bekalan gula perlu dipastikan berjalan lancar,” tegasnya.

Shafie pula berkata, pihaknya hanya menyelaras bekalan sedangkan MITI yang bertanggungjawab ke atas kilang yang mengeluarkan gula.

“Saya tahu masyarakat di peringkat bawahan dah bosan mendengar, melihat masalah gula ini, dalam isu ini bukan kementerian saya sahaja yang bertanggungjawab,” ujarnya.

Memandangkan ada peningkatan dalam bekalan gula dan tanda-tanda menunjukkan pengilang mula mengotakan janji untuk menambah bekalan, Shafie berharap masalah kekurangan bekalan dapat diselesaikan dalam seminggu dua ini.

Menurutnya, MITI juga dalam mesyuarat Kabinet hari ini memberi jaminan dan kelulusan kepada dua buah kilang untuk membawa masuk kira-kira 80,000 tan gula mentah dari Brazil bagi menambah keupayaan pengeluaran gula agar memastikan ia mencukupi untuk musim perayaan tidak lama lagi.

Pada masa yang sama juga, katanya, beberapa kilang telah mula mempertingkatkan pengeluaran gula dalam lingkungan 10,000 tan metrik .

“Saya dapati ada tambahan dari segi keupayaan pekilang, semalam contohnya kilang Malayan Sugar Manufacturing (MSM) dan Central Sugar Refinery (CSR) keluarkan 2,000 tan gula sehari dan ini merupakan satu rekod,” katanya lagi.

Pihak pengilang juga, kata Shafie lagi, bersetuju membekalkan kira-kira 500 tan gula ke beberapa pasar raya besar seperti Carrefour dan jumlah itu cukup untuk menampung keperluan menjelang sambutan perayaan Deepavali dan Hari Raya Aidilfitri.

related post

Related Posts with Thumbnails