Showing posts with label lelaki pasti memerlukan perempuan. Show all posts
Showing posts with label lelaki pasti memerlukan perempuan. Show all posts

Thursday, August 6, 2009

KRISIS MASALAH GULA DI MALAYSIA

Krisis Gula Malaysia


Misteri krisis gula — * Shafie: Bekalan kurang * Rafidah: Bekalan mencukupi

Oleh ROZAMAN ISMAIL dan RAJA LUVENA SHARIFUDDIN (Utusan Malaysia 28 Sep 06)

KUALA LUMPUR 27 Sept. Kemelut bekalan gula di negara ini menimbulkan misteri dan jelas mengelirukan. Hari ini dua menteri yang ada hubung kait dengan hal gula ini memberikan kenyataan, tapi bercanggah.

Begini senarionya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shafie Apdal – yang bertanggungjawab dengan harga dan kawalan barangan berkata, gula memang kurang di pasaran.

“Saya cukup bimbang melihat masalah kekurangan gula dalam lawatan ke beberapa buah negeri beberapa bulan lalu,” tegasnya kepada para pemberita selepas mengadakan tinjauan ke pasar raya besar Carrefour di Putrajaya, hari ini.

Namun, beliau berjanji masalah gula akan selesai dua minggu lagi.

Ini kerana dua pengilang tempatan mendapat hak mengimport dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan membawa masuk 80,000 tan metrik gula mentah dari Brazil.

Tetapi begini pula jawapan menteri MITI, Datuk Seri Rafidah Aziz – yang bertanggungjawab dengan industri gula negara dan permit import bahan itu.

Katanya, negara sebenarnya tidak mengalami masalah ketiadaan gula. “Bekalan yang dikeluarkan lebih daripada mencukupi,” tegasnya.

Persoalannya, jika gula ada ke mana perginya?

Shafie yang mengaku rakyat sudah bosan dengan kemelut gula ini, menjawab:

“Kalau gula ada, kapal perang pun kita sanggup gunakan (untuk angkut) demi pastikan bekalan sampai dan mencukupi di pasaran.”

Rafidah memberi statistik mempertahankan alasannya itu dengan berkata:

“Berbanding dengan penggunaan gula sebanyak 1 juta tan metrik oleh negara setiap tahun, para pengilang telah menghasilkan lebih daripada 979,000 tan metrik gula sehingga 15 September tahun ini.”

“Dalam masa tiga bulan akan datang, para pengilang dijangka mengeluarkan 291,000 tan metrik gula lagi dengan tambahan 200,000 tan metrik dihasilkan sebagai stok simpanan.”

Jelas sekali, kata Rafidah angka-angka ini menunjukkan bahawa bekalan gula adalah jauh lebih mencukupi.

“Namun, apa yang berlaku sekarang ialah kesukaran pengguna mendapatkan gula dan oleh itu, keempat-empat pengilang gula telah diarah mengambil tindakan serampang empat mata,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rafidah sebaliknya berpesan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna supaya meningkatkan usaha penguatkuasaan supaya tidak lagi berlaku aktiviti penyeludupan dan simpanan gula.

“Kita tahu bekalan gula mencukupi, jadi pengedaran bekalan gula perlu dipastikan berjalan lancar,” tegasnya.

Shafie pula berkata, pihaknya hanya menyelaras bekalan sedangkan MITI yang bertanggungjawab ke atas kilang yang mengeluarkan gula.

“Saya tahu masyarakat di peringkat bawahan dah bosan mendengar, melihat masalah gula ini, dalam isu ini bukan kementerian saya sahaja yang bertanggungjawab,” ujarnya.

Memandangkan ada peningkatan dalam bekalan gula dan tanda-tanda menunjukkan pengilang mula mengotakan janji untuk menambah bekalan, Shafie berharap masalah kekurangan bekalan dapat diselesaikan dalam seminggu dua ini.

Menurutnya, MITI juga dalam mesyuarat Kabinet hari ini memberi jaminan dan kelulusan kepada dua buah kilang untuk membawa masuk kira-kira 80,000 tan gula mentah dari Brazil bagi menambah keupayaan pengeluaran gula agar memastikan ia mencukupi untuk musim perayaan tidak lama lagi.

Pada masa yang sama juga, katanya, beberapa kilang telah mula mempertingkatkan pengeluaran gula dalam lingkungan 10,000 tan metrik .

“Saya dapati ada tambahan dari segi keupayaan pekilang, semalam contohnya kilang Malayan Sugar Manufacturing (MSM) dan Central Sugar Refinery (CSR) keluarkan 2,000 tan gula sehari dan ini merupakan satu rekod,” katanya lagi.

Pihak pengilang juga, kata Shafie lagi, bersetuju membekalkan kira-kira 500 tan gula ke beberapa pasar raya besar seperti Carrefour dan jumlah itu cukup untuk menampung keperluan menjelang sambutan perayaan Deepavali dan Hari Raya Aidilfitri.

Friday, April 17, 2009

KUASA PEREMPUAN

KUASA LAYANAN PEREMPUAN

Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apalagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.

KUASA DOA PEREMPUAN

Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: "Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah?" Jawab baginda: "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidakakan sia-sia."

KUASA TAQWA PEREMPUAN

Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yangdikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya. * Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbandinglelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

Kekuasaan taqwa ini pula adalah kemuliaan yang diberikan olehAllah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki,kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.

Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw: "Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanyaberistighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminyadan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)


mari berlawak seperti di bawah :

LAWAK 1

LAWAK 2





related post

Related Posts with Thumbnails