Showing posts with label badan. Show all posts
Showing posts with label badan. Show all posts

Wednesday, February 18, 2009

ISLAM SIHAT

Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan, maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran.


Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal
berat badan anda. InsyaAllah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan (memang terbukti keberkesanannya).


Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan dgn membuat amalan spt:-


1. Mandi awal pagi sebelum subuh @ sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik.
Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak berkumpul. Kita
boleh saksikan org mengamal mandi awal pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit. (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang- kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening @ migrain. Ini terbukti oleh para saintis yg membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu bsujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud, maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu,dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+ manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindakan balas biokimia yng terhasil yg boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari- jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan,tanpanya makanan tidak hadam)


"Sabda Nabi, ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan
ilmu demi kebaikan, insyaAllah Allah akan
menggandakan 10 kali ilmu kepadanya.
"



Monday, February 16, 2009

TIPS MAKANAN

Untuk Kesihatan


Pisang

Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli

Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Roti
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan.

Epal
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Selasih
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Bunga kubis
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

Biji kopi
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Telur
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

related post

Related Posts with Thumbnails