Showing posts with label USD. Show all posts
Showing posts with label USD. Show all posts

Wednesday, March 11, 2009

Bekerja Melalui Laman Web.

Bukisa is a place where you can share your knowledge with others and get paid when others use it.


Saya ingin berkongsi sedikit tentang bekerja melalui internet di mana anda boleh membuat duit online.
Masih ada yang tertanya2 dan ragu2 tentang hal yang sedemikian terutama bagi yang sedang asyik mencari duit bagi mendapat income tambahan.
Ini adalah kerana kebanyakan program yang di tawarkan bagi menjana pendapatan adalah scam semata2.
Oleh itu setiap individu itu perlulah mengkaji dahulu tentang kebenaran sesebuah website tersebut.

Kebanyakannya berkenaan affiliate program, di mana anda perlu mencari orang bawah (MLM) untuk earn money.

Satu lagi berkenaan pay per click. Apabila anda mengklik sesuatu link, anda akan di bayar dengan jumlah yang tertentu.
Tidak lupa juga rotation surfing, di mana anda perlu surf beberapa website dan menerima ganjaran selama mana ada menjalankan surfing tersebut.

Baru2 ini saya mendapat info mengenai 1 program yang berkenaan dengan "Bekerja Melalui Internet"
Program ini agak di percayai juga kerana kita akan dibayar apabila mengirim kan apa2 jenis artikel, video, audio atau pun slide presentation. Bayaran akan di buat melalui paypal.
Setelah mengkaji aspek kebenarannya, saya pun mengambil langkah untuk mencuba.
nama Website tersebut adalah bukisa.com

Saya telah menghantar 35 artikel di sebab kan hobi saya yang suka menulis. haha.
Dan setakat ini setakat ini saya telah memperoleh sebanyak USD 1.34.
Saya agak percaya dengan BUKISA.COM ini kerana kita perlu berkerja keras sedikit untuk beroleh pendapatan. Tidak seperti website2 yang lain.


Tidak rugi untuk mencuba. Bagi sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut, boleh tengok2 website dia di sini : bukisa register

:: SHARING IS CARING ::
:: SEKIAN. SALAM ::
OK, lets have fun :

Tuesday, February 24, 2009

RAhSia MeNJaNa DUit MeLALui InTerNEt


Di sini saya ingin berkongsi sedikit tentang bagaimana kita mahu menjana wang melalui internet. Banyak orang yang tertanya2, bagaimana caranya untuk memfaatkan internet di samping mendapat info tambahan.

Biar saya beritahu anda 1 rahsia tentang menjana duit melalui internet. Tidak seperti membuat blog di mana anda akan di bayar HANYA apabila iklan berjaya untuk di letakkan ke blog anda.Saya percaya, sekurang2nya anda memerlukan masa paling kurang 1 tahun untuk mendapat kepercayaan dari ADVERTISER untuk meletakkan iklannya pada blog anda.

Satu cara yang best untuk buat duit adalah melalui Triond.com.
Anda boleh register secara FREE di sini dan apa yang anda perlu buat adalah hanya menulis apa2 saja artikel dalam bahasa inggeris dan submit. Tetapi artikel anda mesti lah original, kalau tak dorang akan reject lagi2 kalau yang cuba nak copy paste melalui internet, memang kena reject awal2 la.

Dan apabila anda sudah submit artikel, ianya akan di nilai dan seterusnya di letakkan di mana2 website yang sesuai. Apabila sahaja artikel anda dibaca, anda akan start mendapat ganjarannya. Lagi banyak orang view, lagi banyak la anda di bayar. Anda akan di bayar dalam USD dan boleh mendapatkan bayaran melalui check ataupun PayPal.

Untuk pengetahuan korang, saya telah pun menghantar 4 ke 5 artikel. Dan dalam masa yang singkat saja saya telah memperolehi USD 0.20. Hehe jadi la tu. Harap korang view la artikel saya tu banyak2 kali, boleh saya dapat lagi banyak. Cuba korang bayangkan, meskipun korang duduk saja, kalau ada orang view, korang akan dapat duit, tak kira la tahun depan ke tahun 2011 ke. Silap2, saya terlupa langsung yang saya ada menulis artikel, tau2 saja bila cek balik, duit dah ribu2 USD dah (impian..haha)

Gambar atas: Wang yang telah saya peroleh.

Jadi kesimpulannya, bagi sesiapa yang ingin mengikuti jejak langkah saja boleh la. Ilmu itu dikongsi bersama. Tulis blog lama o0o nak dapat duit, tulis artikel ni kejap je duit boleh masuk. Saya tulis artikel pendek je, entry ni lagi 5 kali ganda panjangya,pendek tu pun dapat 20sen USD.

Sekian saja dari saya. Oh yaa, sila lawati artikel saya di sini. (hehe,sempat gak promote tu)


Okla, nanti ape2 update saya bagitau ya. Siapa2 nak duit lebih boleh contact saya.
P/S : tunggu saya kaya dulu la kan. hehe.

Monday, February 23, 2009

PANAS TENTANG FACEBOOK


Sebenarnya, ada sebahagian "dark side" yang tidak diketahui oleh berjuta pengguna internet di dunia ini mengenai Facebook". Jika ada di antara kita yang telah meletakkan butir-butir peribadi sebenar di dalam Facebook, maknanya tiada apa lagi yang kita boleh lakukan. Sedarkah kita siapa sebenarnya di belakang Facebook? Sedarkah kita bahawa semua data-data yang kita berikan itu telahpun disimpan oleh pihak CIA?

Mereka boleh mengakses semua mengenai kita dan dengan mudah mendapat semua butir-butir diri tanpa perlu bertanya kepada kita, bos kita, kawan-kawan kita, pihak universiti kita, keluarga kita dan banyak lagi sumber at anytime they want! Dan yang lebih menyedihkan lagi, ramai dari kita terutamanya rakyat Malaysia sudah pun memberikan 100% info dan butir-butir diri mereka dengan TEPAT.

Facebook yang telah menjadi kegilaan pengguna internet adalah tempat yang paling mudah untuk CIA mendapatkan data peribadi mereka dengan PERCUMA. Bagi pengguna kebanyakan (mereka yang bukan extreme), mungkin ia tidak akan membawa keuntungan kepada pihak CIA tetapi bagi mereka yang mempunyai "title" sebagai "professional" seperti seorang doktor, peguam, PROFESSOR, scientist dan yang seumpamanya… inilah MANGSA CIA yang sebenarnya.

Facebook telah di tampung sebanyak USD500,000 oleh bekas CEO Paypal, Peter Thiel. Jadi tiada masalah untuk mempromosikannya. Tidak cukup dengan itu, sebanyak USD12.7 juta telah dilaburkan ke dalam Facebook oleh James Breyer dari Accel Partners. Mereka semuanya ada agenda yang mereka sendiri faham. Jika kamu hendak tahu siapakah mereka semua ini dan siapakah DALANG di sebalik laman web sosial ini,kamu harus memberikan fokus yang sepenuhnya pada slide flash video yang akan kamu lihat sebentar lagi. Mainkannya berulang-ulang dan cuba fahamkan.

Satu lagi, pihak CIA sendiri menggunakan Facebook group to untuk merekrut staffnya bagi program kesayangan mereka iaitu National Clandestine Service. Malah, Dr Anita Jones juga telah menjadi sebahagian dari Dark Side ini. Dr Anita Jones adalah Defence Research and Engineering Director untuk US Department of Defence.

RENUNGKAN LAH..


related post

Related Posts with Thumbnails