Showing posts with label Mat Rempit di Bandar Utama. Show all posts
Showing posts with label Mat Rempit di Bandar Utama. Show all posts

Thursday, August 6, 2009

KISAH PEMBURU HANTU

Pemburu Hantu memaparkan kesungguhan tiga anak muda mencabar keberanian membuktikan kewujudan entiti paranormal di sesebuah tempat.

Mereka terdiri daripada Hairi Shahrizal Mustafa, 25, Iskandar Ishak, 28, dan Anis Azman, 18.

Berbekalkan komputer riba, peralatan perakam audio dan visual, kamera litar tertutup (CCTV) serta pelbagai gajet berteknologi tinggi, ketiga-tiga mereka membuat kajian serta menganalisa kehadiran entiti dalam episod berlainan setiap minggu.

Menurut Pengurus Saluran Ria, Khairul Mizan Shagul, tujuan rancangan itu diterbitkan ialah untuk memberi maklumat kepada masyarakat mengenai kewujudan entiti di tempat yang diadukan selain membawa pengetahuan berguna kepada peminat setia saluran Ria berhubung peralatan moden yang boleh digunakan.

"Pemburu Hantu adalah rancangan yang membuktikan tentang kewujudan aktiviti paranormal menerusi analisa, kaji selidik serta sejarah tempat yang dipaparkan selain paparan menggunakan alatan yang disediakan dan bukannya untuk menangkap entiti yang berjaya dikesan.

"Kisah-kisah yang diberikan oleh pengadu akan dijadikan jalan cerita utama paparan Pemburu Hantu pada setiap minggu. Lebih banyak aduan yang kami terima maka lebih baiklah laporan kami setiap minggu," katanya.

Friday, July 31, 2009

KISAH AWEK KENA ROGOL 3GP TERBARU !!

Tindakan seorang pelajar sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) mengikuti teman lelakinya ke sebuah taman rekreasi pada awal pagi mengundang padah apabila disamun dan dirogol sekumpulan lelaki dipercayai Mat Rempit di Bandar Utama di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, pelajar berusia 20 tahun dikatakan didatangi lapan lelaki.

Sumber berkata, ketika kejadian mangsa berada bersama teman lelaki dan satu lagi pasangan turut berada di kawasan rekreasi berkenaan.

Katanya, kumpulan terbabit datang lalu menyerang mangsa menggunakan batang besi dan pisau.

“Mereka merampas sejumlah wang tunai dan empat telefon bimbit pasangan berkenaan.

“Seorang suspek menarik mangsa sejauh kira-kira 100 meter lalu merogolnya,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, kumpulan berkenaan melarikan diri selepas lebih sepuluh minit perbuatan mereka berakhir.

Menurutnya, pelajar dan teman lelakinya yang cedera itu mendapatkan rawatan di sebuah hospital di sini.

“Penjenayah dipercayai datang ke situ menggunakan beberapa motosikal,” katanya.

Harian Metro difahamkan teman lelaki mangsa menerima beberapa jahitan selepas diserang menggunakan batang besi dan pisau.

Mangsa dari Shah Alam dikatakan keluar makan dengan teman lelakinya serta menonton wayang.

Mereka kemudian pergi ke taman rekreasi berkenaan sebelum didatangi kumpulan penjenayah berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan kejadian.

sumber : Harian Metro.

Oh ya lagi satu, DARLIE pun ada buat CONTEST sekarang ni. salah satu hadiah dia adalah iPhone 16 GB!! wow! kalau nak join contest tu, klik pada banner di bawah ini.

related post

Related Posts with Thumbnails